Structural Expansion Joints and Joint Sealants by EMSEAL |
|
1-800-526-8365 -- 508-836-0280 -- techinfo@emseal.com Last modified: May 07, 2008 |
| EMSEAL merupakan pengilang pengadang dan sendi pergerakan
dan pengembangan bangunan yang terkemuka. Deretan barangan seni bina EMSEAL direka khusus untuk menangani masalah sendi, pemisahan dan penyambungan dalam apa jua jenis bangunan. EMSEAL telah membekalkan produknya bagi pembinaan pelbagai jenis bangunan, antaranya: stadium dan kemudahan sukan, dek letak kereta, hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan, sekolah, universiti, bangunan pejabat, kilang, loji rawatan sisa air, loji penurasan air boleh diminum, hotel, pusat konvensyen, dasar landasan ternaik, jalan raya, lapangan terbang, jambatan, resort, kasino dan gelanggang luncur ais. Aplikasi sendi pergerakan EMSEAL termasuklah sendi dalam asas, bawah cerun, dek plaza dan podium, papak pisah, papak padu, benang dan tetingkat, dinding, lantai, mukaan, dinding langsir, sistem tingkap, jendela langit, dll. Produk EMSEAL serasi dengan kebanyakan bahan substrat termasuk, konkrit pratuang, konkrit tuangan di tempat, konkrit pascategangan, batu bata, blok konkrit, aluminum beranod, besi bercat, plastik, dll. Deretan bahan pengadang EMSEAL yang komprehensif mampu menyokong sendi daripada 6mm (1/4-inci) sehingga selebar 210mm (24-inci). ![]() Pengadang siap bentuk dalam bahagian produk keistimewaan EMSEAL
memberikan gasket dan adangan komponen yang tahan lama dalam pembuatan
kelengkapan asli dan aplikasi penggasketan komponen lain.
Bahan-bahan ini boleh ditatarajahkan dalam saiz standard atau mengikut
tempahan pelanggan dalam format pita pramampat atau dalam kertas atau
gulungan utama untuk penukaran lanjut melalui pembelahan atau pemotongan
acuan. Pita pengadang EMSEAL tersesuai secara unik dengan aplikasi dalam
industri-industri seperti automotif, rumah kayu, tingkap, kenderaan
rekreasi, struktur konkrit pratuang, bangunan dan atap besi, penyimpanan
biji-bijian, bangunan pertanian, kajang, pemasangan kelengkapan HVAC,
bunker telekomunikasi, dll. |
|
Hubungi kami di
techinfo@emseal.com |
|
|
|
Copyright © 1998-2008 by EMSEAL Corporation. All rights reserved. |
|
|